Wednesday, 13 November 2013

SELAMAT BERCUTI

Cuti Akhir Tahun :  16 November 2013 - 1 January 2014

Friday, 25 October 2013

Friday, 3 May 2013

Latihan Ulangkaji Peperiksaan Pertengahan Tahun 2013

1.   Namakan alat yang digunakan untuk mengetuk hulu pahat tepi serong ?
      ................................................
2.  Namakan pengikat yang yang digunakan untuk mencantumkan bahan seperti paip PVC  dengan papan lapis?
     ..................................................

3.  Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh anda apabila rakan akan mengalami kecederaan di bengkel?
     ................................................................
4.  Namakan pin yang harus dikeluarkan sebelum alat pemadam api boleh digunakan?
     ........................................................
5.  Mengapakah produk atau projek yang anda lakukan mesti disapukan dengan bahan kemasan?
     .........................................................................
6.  Apakah kegunaan mesin pelelas (Sander)?
     .....................................................
7.  Alatan seperti ...................................................... boleh digunakan untuk melakukan kerja-kerja seperti   meraut permukaan kayu dan menatal tanggam.
8.  Reka cipta ialah ........................................................
9.  Pendokumentasian ialah ................................................
10.  Berus karbon pada motor arus terus (DC) digunakan untuk  .................................................
11.  Apakah fungsi suis pemula pada lampu pendarfluor?
       ............................................................
12.  Senaraikan kemungkinan yang akan mengakibatkan tangki simbah tidak berfungsi dengan sempurna?
       ...................................................................................

13.  Senaraikan penyambung paip besi bergalvani, paip PVC dan paip Poli yang telah anda pelajari?
       ......................................................................
       .....................................................................
       .....................................................................      
14.  Namakan jenis jahitan yang digunakan untuk menjahit sarung kusyen di atas?
      ...........................................
15.  Apa itu medium memasu dan apakah fungsi pasir sungai dalam medium memasu?
       ...................................................................................................
16.  Senaraikan peralatan yang digunakan semasa menjalankan aktiviti berkebun?
       ...............................................................

17.  Senaraikan simbol elektronik yang telah anda pelajari semasa tingkatan 1 - tingkatan 3.....namakan, lukiskan simbol tersebut dan nyatakan kegunaannya?
       ........................................................................................
       ..........................................................................................

18. Lukis dan labelkan tiga jenis pembesar suara yang telah anda pelajari?

19.  Perintang Tetap mempunyai empat jalur, namakan keempat-empat jalur tersebut?

20.  Apakah kegunaan kod warna perintang dan senaraikan kesemua warna tersebut?

21.  Senaraikan dan nyatakan juga kegunaan setiap peralatan lukisan teknik yang telah anda pelajari semasa di Tingkatan 1 dan 2 ?

22.  Apakah kegunaan kertas ISOGRID dan ISOMETRI ?

23.  Apakah yang dimaksudkan dengan ETIKA MAKAN dan senaraikan 10 etika makan yang harus anda ikuti semasa di kantin sekolah ?

24.  Nyatakan aktiviti yang boleh dilakukan di RUANG SOSIAL, RUANG KERJA, RUANG ISTIREHAT dan RUANG PERSENDIRIAN ?

25.  Terangkan secara ringkas jenis milikan perniagaan berikut?
                         i.  koperasi
                        ii.  perkongsian
                       iii.  milikan tunggal
                       iv.  syarikat berhad
                        v.  syarikat sendirian berhad

26.  Senaraikan jenis alat pembayaran masa kini ?

27.  Apakah yang dimaksudkan dengan EKSPORT dan IMPORT ?

28.  Senaraikan 10 jenis stok gerak pantas ?

29.  Apakah perbezaan diantara Bank Konvensional dengan Bank Islam ?

30.  Dokumen perniagaan yang dipelajari semasa di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 ialah ........................

31.  Nyatakan maksud simpan kira dan sistem catatan bergu ?

32.  Siapa itu Penghutang ?

33.  Mengapakah Akaun Bank mempunyai baki kredit ?

34.  Bilakah sesuatu butiran itu akan dicatatkan disebelah debit atau kredit Akaun Tunai / Akaun Bank ?

35.  Apakah isi kandungan yang WAJIB ada pada folio Tingkatan 3 ?
      


SELAMAT MAJU JAYA

Sunday, 7 April 2013

Tingkatan 3: Elektronik [Litar Bersepadu]

 Fungsi Pin IC pemasa NE555
 Simbol IC NE555
Binaan Sebuah IC
Nota Ringkas
1.  Juga dikenali sebagai Litar Terkamil.
2.  Merupakan komponen elektronik yang digunakan oleh TV, Radio, Komputer, Kamera Digital, Telefon Bimbit dll.
3.  Mengandungi gabungan komponen elektronik seperti transistor, perintang, kapasitor dan lain-lain.

Saturday, 2 March 2013

Latihan Prestasi (Reka Cipta)

A. T andakan ( / ) bagi pernyataan yang betul dan  ( X ) bagi pernyataan yang salah.

1.  Sebelum sesuatu reka  dihasilkan, kita hendaklah mengenal pasti masalah terlebih dahulu.    [           ]
2.  Lakaran reka bentuk yang hendak dipilih mestilah merupakan idea yang sesuai dan boleh
     berfungsi.                                                                                                                           [           ]
3.  Lukisan kerja adalah berdasarkan anggaran ukuran bagi projek yang akan dibina.               [           ]
4.  Lakaran adalah terjemahan idea dan hendaklah diisi dengan terperinci dari segi ukuran
     dan saiznya dalam bentuk 3 dimensi.                                                                                   [           ]
5.  Pemilihan idea yang baik adalah pemilihan yang mengambi kira faktor-faktor keupayaan
     kendiri,mesra alam, pengetahuan, kepentingan produk, permbuatan dan lain-lain.                 [           ]

B.  Isi tempat kosong dengan dengan jawapan  yang sesuai.

1,  Nyatakan tiga cara bagi mengumpul maklumat data dan sebelum sesuatu produk dibina.    
   
      (a)  ..........................................................
      (b)  .........................................................
      (c)  .........................................................

2.  Pemilihan idea yang akan digunakan untuk membina sesuatu projek dibuat dengan melihat
     ............................................... dan   .......................................... idea tersebut.                   

3.  Dua daripada faktor penting dalam menilai dan memilih konsep reka bentuk adalah .................................
     dan ....................................................

4.  ........................................................... merupakan satu proses menghasilkan prototaip menggunakan bahan dan saiz sebenar serta boleh berfungsi.

Monday, 21 January 2013